click sini

Wednesday, May 25, 2011

Ikan di laut asam didarat di dalam kuali bertemu jua

24.5.1996,
15 tahun lepas aku dinikahkan dengan suami dengan mas kawennya 22 ringgit..Tunaiii

     ada iras iras Lisa Surihani kan masa aku muda?Kalau pandangan atas macam Megan Fox. LoL..sorry la gambar scan tak reti nak betulkan.Aida dah ajar tapi malas nak buat.Biasa la.. malas tukan rakan karibku

Kalau nak kira perkenalan aku dgn dia dah masuk 21 tahun.Lamakan? Lebih dari separuh hayat kami kenal each other. Dah masak dah dgn perangai masing-masing luar dalam atass bawah.

4.6.1990..
Tarikh tu la kitorg kenal kat form 6 di sebuah sekolah SDDS. Memori daun pisang la pulak..
Korang percaya magic? Aku percaya sebab pada tarikh ni aku betul-betul ada rasa magic. Manakan tidak..first time aku masuk kelas tu macam seluruh perhatian aku macam terarah kepada mamat nama Salemy ni .masuk pintu class je aku fokus kat dia dan yang lain semua blur. Ko faham tak? ala macam set-set crita Hindi tu la.Aku macam dapat rasa ada sesuatu yang akan berlaku antara aku dan dia. Seriously...

Bukan le nak kata love at d first sight ke hapa. tak de...bukan aku tertarik sebab bibirnya yang sexy macam Brad Pitt atau dada yang bidang macam Hitrik Roshan, Dia biasa je.. tapi ada macam satu perasaan...susah nak gambarkan.....itulah padaku "magic"   nur kasih..nur kasihhhhh..(sound effect) ..Yang bestnyaaa mamat ni pun rasa benda yang sama pada 4.6.1990 tu. Mungkin masa tu ada cupid panah kitorg kot...dush..dush panah asmara..

Perkahwinan kami sama je  macam perkahwinan org lain kot. Ada pahit manis, payau duka, suka gembira. Bukannya perfect ...tapi 21 tahun kenal dia tak pernah ada rasa jemu dan aku berdoa kepada yang Maha Esa agar sehidup dan semati dengan dia.Kerana dia adalah separuh aku..tanpa dia, aku bukan lagi aku...nur kasih nurrrr kasihhhh..


Oklah sbelum korang muntah darah menanah baca perasaan aku yg jiwang karat tu baik la aku stop crita disini sahaja.

 Semalam sempena ulangtahun ke 15. Kami pergi seletburet kat sini:



Capri @ Mutiara Hotel ,J.Bahru..cecadangnya nak makan kat Pan Pac sebab ada voucher, tapi.. encik Abang tetiba tukar rancangan sebab utama ialah ada dia ni :


Encik Abang aku cakap nama dia Ali ke Awang..ntah betul ntah tidak ..bukan bole caya sgt encik abang tu hehe..Ali@Awang ni nyanyi sedap aaa.suara dia macam Kenny ,Remy, Martin tu.so sambil makan makan..renung renung mata..ramas ramas tangan sambil dengar lagu. Dia ni plak bawak lagu yang jenis love song jiwang evergreen.Best ar best. Btw, semenjak pindah JB ni dah 3 tahun sambut anniversary kat sini sebab Awang@ali ni la kot. Malam tu aku makan ni:


rib eye steak n small lobster.licin...


 Ni cik abang makan, tapi aku ambik seketul .Mana baju tak mengecutkan? terbaik la lamb dia daging lembut..entah anak kambing belum baligh ke apa ni.


             
Muka gue macam tengah teran taik hehe

Tu je ar nak share ngan korang pasal anniversary kitorang. Ada la aktiviti lain seperti..mandi bersama, bermain main buih tapi tak kan nak upload gamba plak kan?..

Sebelum berundur diri minta para pembaca blog..cewah macam ramai nau pembaca ko kan? doakan kesejahteraan kami dan kepanjangan jodoh hingga ke soorga.

Tuesday, May 24, 2011

Sumbang Mahremmmm...

Mama : Ayep..,ayep tak boleh tido ngan kakak lagi tau..

Ayep: Kenapa pulak?

Mama: Ayepkan dah besar.7 tahun dah.Dalam Islam, anak-anak lelaki dengan perempuan tak boleh tido sama kalau dah besar.Faham?

Ayep: Pastu mama ngan abah boleh pulak!

*krik.krik.krik.krik...krik krik....bunyi cengkerik*



Ayepppppppppp

Monday, May 23, 2011

Aku , Dia dan Remote TV

-kisah yang akan anda baca ini mengandungi ayat-ayat berbunga dan metafora yang tidak lain dan tidak bukan untuk memanjangkan entry sahaja- 


Pada malam yang hening itu dengan sesekali bunyi deruan kenderaan yang lalu lalang di jalanraya sebelah rumah, kami sekeluarga sedang asyik menonton cerita di kaca tv.Tiba-tiba ada selingan slot cerekarama TV3.

Di paparan skrin LED 42" itu memaparkan cerita seorang ibu tua yang disepak terajang oleh anak menantunya sendiri, hanya kerana ibu tua itu nyanyok dan tidak dapat menguruskan dirinya sendiri

Ayep melihat adegan itu sambil keningnya berkerut dan mulut ternganga. Dengan raut wajah yang sedih Ayep berkata "Ma, jahatnya anak dia. Kesian mak dia,kan? ". Aku dengan tidak berlengah lagi tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran kepada Ayep.

Aku; Nanti kalau mama dah tua ayep buat macam tu jugak ker?
Ayep: Tak la mama..tapi.....ayep takot isteri ayep buat mama macam tu..mana la tau depan ayep dia baik, belakang ayep dia buat mama. Macamana?

Aku agak kaget mendengar kata-kata ayep tu kerana sumpah aku tak terfikir yang dia berfikiran begitu jauh sekali.

Aku pun tanpa segan silu menasihati Ayep.." Tu la sebabnya kalau cari isteri kena cari yang alim, kuat agama, jadi tak de la dia buat benda yang bukan-bukan"
"oooo.." ayep jawab. Aku lega sebab ayep faham dan berpuashati dengan jawapan tu

Tetapi...............................tiba-tiba Ayep tanya " Ma...mama alim ea?"

terasa kering tekakku untuk berkata-kata. Segera aku memicit punat-punat remote tv untuk menukar channel



1P2

 Satu hari di kelas 1P2....
 Anusha (bukan nama sebenar...)

Pelajar A: Cikgu, Anushakan.. dia selalu 'pau' duit orang cikgu..kadang-kadang dia mintak singgit kadang-kadang 50 sen   

Aku:         Betul ke Anusha?

Anusha diam sambil tunduk pandang meja...

Pelajar B: Betul cikgu, dia selalu lapar masa rehat tapi dia takde duit nak beli makanan. Saya selalu kesian kat dia.Kadang-kadang saya bagi dia singgit tadi pun saya bagi dia duit untuk beli makanan

Aku: Kesian Anusha..lain kali kalau awak semua ada duit lebih awak bagi la Anusha, apa salahnya...harini hari dia, mungkin satu hari nanti awak tak de duit ada kawan lain yang tolong awak. Betul tak murid- murid semua? kan kita hidup tolong menolong umpama aur dengan tebing?

Murid-murid : betul cikgu...

Aku : Anusha kenapa mak awak tak bagi awak duit pergi sekolah?

Anusha : Ada ci'gu...mak saya bagi sehari 3 inggit

Aku:      Pastu mana pegi duit awak?

Anusha: Saya masuk tabung ci'gu

Aku    ; ....speechless sambil pfffftttt....




                                        .......... Mungkinkah ini Anusha?

Sunday, May 22, 2011

Trip to Europe for Dummies (Part 1)~Trip ke Europe untuk si Bodoh?


Tajuk agak kasar.Kenapa tajuk macam tu? sebab kami pergi tak pakai agent..redah aje, so harap harap dapat menjadi guide kepada yg nak pegi tapi taknak pakai agen.
Somewhere in April haritu ilajoe n family telah pecah tabung ayam dan bercadang pergi tour Europe.Yippie!
Mula-mula kami pergi London.Stay kat hotel Holiday Villa selama 3 hari 3 malam kot,dah lama. Lupa dah.




Mula-mula kita citer pasal hotel ni..kami ambik 2 bilik..haruslah kan. Nak sumbat 5 orang satu bilik kecik, sardin pun tak sanggup. Lagipun mat saleh tu tak kan baginya ko duduk ramai-ramai satu bilik,
Nah tengok la gambar bilik dia

                                 
kecikkan? ni bilik anak anak

ni bilik mama abah..sori le besepah mungkin ada keganasan berlaku disitu n ada enterprem gambar ilajoe, actually ni gambar reflexion dari cermin kat pintu..ok la tu gambar lain takde.Nampak sikit-sikit katil dia kira ok la. 

London sangat best.I like..apa tips nak bagi ye...aaa.. kalau pegi satu family lebih dari 3 org lebih baik naik taxi daripada naik bas tour.lagi jimat masa dan duit sebab kalau naik taxi kita bole terus pergi tempat mana nak pegi kalau naik bas kena tunggu bas, kalau penuh kena tunggu yg lain.

First day kami pegi tu hujan pulak, sejuk gila nak naik bas.Mau beku telinga.Apalagi pegi shopping la kan..lalalla.Enjoy dulu la gambar2 ni

Madamme tassaude..dicadangkan tak payah pegi la sini sebab tiket mahal tapi tengok patung-patung jeww..

ni breakfast kat Holiday Villa. Sini ada nasi lemak yang sedap kalah Nasi Lemak Antarabangsa











Dapat free dessert masa makan kat Tunisia Restaurant.Nice ! Dia bagi free sebab dia suka Ayep..so tips ke3 bawaklah kanak2 cute makan bersama



kenapa muka macam nampak hantu kak Limah
kat Selfridges ke ni? kesiankan dia..asik kena bayar je haha





hasil tangkapan di Oxford Street




Ni terbaik! sampai skrg teringat-ingat.Apa ntah nama cafe ni..
I bukan apa..my  note book ayep hilangkan
sob..sob.. so semua notes dalam tu hilang bersama buku tu

Banyak lagi la nak tulis..malasnya!!! Kalau korang nak pegi , redah je lah..tak pun paling senang carik je agent
                                                  



Pasar Cina

okayy seperti yang dijanjikan, ni ialah entry pasal Pasar Cina.Macam ada orang tertunggu tunggu pun janji ko ila ..tak pe tak de orang tunggu pun ilajoe nak tulis gak.tak kira..

This is me ..first time keluar rumah sbg blogger famous nampak tak apa tergantung kat leher tu?
Camera youuuu..
Sambil memandang ke langit menikmati sinaran matahari dan kicauan burung, aku pun menghela nafas panjang  untuk pegi beli dan kemudian belah dari pasar cina tersebut.Gaya apakah tulisan ini?susah jugak jadi penulis ni kan?merapu giler..


Antara kedai jual baju.Baju kat kedai ni nampak dari luar memang tak lawa tapi kalau masuk dalam memang tak lawa pun..haha.

See..I told u 95% pembeli dan penjual kat sini adalah Cina.cuba cari melayu dalam gambar ni.Tak de kan? Kalau pegi sini terasa macam pegi jinjang kadang-kadang.



Ni ialah kedai runcit tempat ilajoe selalu beli sayur.Sayur dia mmg segar dan banyak jenis banding dengan Jusco atau Tesco Bukit Indah. Ikan pun fresh.

Sebenarnya tujuan utama pegi sini harini sbb nak beli mangga tu.Kenapa ambik gambar jauh? sebab tokey kedai tu tak bagi ambik gambar mangga dia.Hampehh..kan?.Tapi, i tell you mangga dia memang manis dan murah.kengkadang dia jual borong 3 kilo RM 10. Bahagia betul...pastu buah Naga 10 biji RM 7..besar besar tau..kat Jusco dapat? nan ado...tembikai susu 2 bijik RM 5.Memang ni la tempat saya sekeluarga mendapatkan bekalan fibre, tak syak lagi.

Tu je la cerita pasal Pasar Cina..best ke pasar ni? tak le best sangat..haha...sorry la buang masa korang baca cerita pasal pasar ni.Next entry cerita pasal kedai vadey plak nak?

Nur kasih

Lepas tengok nur kasih the movie semalam tiba-tiba nak buat blog.kenapa?
Mungkin sebab terpengaruh dengan adam yg tulis kisah cinta dia dgn nur amina saat2 dia nak mati tapi tak jadi.
Tiba-tiba timbul kesedaran"kalau aku meninggalkan dunia ni..apakah yang ada utk dikenang oleh orang-orang yang aku tinggalkan?"
Maka inilah blogku..doa doakan la ini bukan entry ku yang pertama dan terakhir.amin. Lagipun suami menyokong penulisan blog ni..masih tergiang giang ditelinga. "abang sokong...abang akan jadi peminat setia sayang"..pergh nur kasih habis suamiku! banyak la tergiang giang padahal whatsapp je..
Ok la rasanya ni je kot untuk entry pertama. Jam hampir menunjukkan pukul delapan pagi..nak siap siap pergi pasar cina kat bukit Indah.
Pasar ni macam pasar malam tapi pagi dan 95% pelanggan dan penjual adalah cina,aku suka pegi pasar ni sebab buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan2 dia fresh dan ada jugak jual-jual baju fesyen artis-artis Hong Kong dengan harga murah.So, kalau korang nmpak aku punya style ala-ala pelakon hong kong..faham faham je la okayyy.
mungkin next entry adalah tentang pasar ni kot.sama-samalah kita saksikan.Haruslah pikul camera sana sini lepas ni kan? blogger la katakan..hihi
Nak pakai tudung gaya apa nak pegi pasar ni? hana tajima ke ogy ahmad daud?

p/s Apa persamaan Tiz Zakiyah dgn Afida Ess ekk? masih menjadi tanda tanya...Nur Kasihhh