click sini

Monday, May 23, 2011

Aku , Dia dan Remote TV

-kisah yang akan anda baca ini mengandungi ayat-ayat berbunga dan metafora yang tidak lain dan tidak bukan untuk memanjangkan entry sahaja- 


Pada malam yang hening itu dengan sesekali bunyi deruan kenderaan yang lalu lalang di jalanraya sebelah rumah, kami sekeluarga sedang asyik menonton cerita di kaca tv.Tiba-tiba ada selingan slot cerekarama TV3.

Di paparan skrin LED 42" itu memaparkan cerita seorang ibu tua yang disepak terajang oleh anak menantunya sendiri, hanya kerana ibu tua itu nyanyok dan tidak dapat menguruskan dirinya sendiri

Ayep melihat adegan itu sambil keningnya berkerut dan mulut ternganga. Dengan raut wajah yang sedih Ayep berkata "Ma, jahatnya anak dia. Kesian mak dia,kan? ". Aku dengan tidak berlengah lagi tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran kepada Ayep.

Aku; Nanti kalau mama dah tua ayep buat macam tu jugak ker?
Ayep: Tak la mama..tapi.....ayep takot isteri ayep buat mama macam tu..mana la tau depan ayep dia baik, belakang ayep dia buat mama. Macamana?

Aku agak kaget mendengar kata-kata ayep tu kerana sumpah aku tak terfikir yang dia berfikiran begitu jauh sekali.

Aku pun tanpa segan silu menasihati Ayep.." Tu la sebabnya kalau cari isteri kena cari yang alim, kuat agama, jadi tak de la dia buat benda yang bukan-bukan"
"oooo.." ayep jawab. Aku lega sebab ayep faham dan berpuashati dengan jawapan tu

Tetapi...............................tiba-tiba Ayep tanya " Ma...mama alim ea?"

terasa kering tekakku untuk berkata-kata. Segera aku memicit punat-punat remote tv untuk menukar channel



2 comments: