click sini

Thursday, September 19, 2013

Pendidikan sex di sekolah

2 minggu lagi sebelum PMR. My students busy buat preparation .Sejak sebulan lepas dia orang buat latih tubi jawab soalan2 past years dan soalan2 clone past years. 

Ramai yang dah serious tapi ramai juagak yang masih main-main especially budak2 lelaki. Tak macho kot lelaki jadi 'skema' belajar sungguh2..masa cikgu sekolah pun cikgu rasa camtu uolls.. kalau dapat buat benda- benda bukan2 tu rasa taiko sgt hahaha..sorry la my ex teachers atas kelaku ku iteww.. takpe skrg bila dah jadi cikgu, saya pulak yang rasain apa yg kalian rasa. betul la org kata roda itu bulat.

So tadi during science lesson, a few girls came to me, they asked me to explain about REPRODUCTION






Lepas dok explain kat diorg..loceng pun bunyi menandakan masa untuk rehat. Tetiba ada sekumpulan budak lelaki lalu sambil singgah meja guru. Cikgu pun tanya la ' ha awak ni semua dah faham tak tentang reproduction? fasa- fasa dari fertilization sampai jadi baby dah hafal dah?'
Tetiba diorg jawab~ ala ni semua pompuan punya hal..kitorang tak tau pun takpe. I was like haaaa?!
Eh awak kena tau jugak.. nanti dah kawin x tau macamana baby awak terjadi.
Then one of the boys boleh jawab ~ ala bukan susah buat baby cikgu cucuk aje kat lubang tu.
OMG sangat budak-budak ni kan?..

Dah la tak tau belagak pulak...

Cikgu jawab: ye la tu nak cucuk lubang. lubang ada banyak. ntah mana satu lubang la tu awak cucuk nanti..

The boys: Hahahahahahahaha

pffffttt!!!

Itulah pelajar zaman sekarang.. mulut longkang

Monday, September 16, 2013

Trip to istanbul



So this year 2013 we decided to go Istanbul Aku Datang. 
Kali ni trip kita engaged dgn travel agent myzara travel sebab melibatkan byk daerah2 di turkey dan perjalanan jauh2.
 So ni iterinary yang diberi oleh travel agent


kannn? 
Apa yang kannn? entah hahaha.. jauh travelnyer tu.. nak harap encik lemy kita memandu xnak dia.. nak jadi boss katanyer..jom tgk gambar je la..



     ni tourist guide kita .. Sibel namanyer

     
adoiyai.. letih plak nak letak gambar.. lenlenkali la pulak letak😂

Nak masak jap

At last..


At last dapat track balik my google account password. pheww..
puas godek sana sini.. saya akan kembali memulos di ruangan ini . Apa yg aku nampak, yang aku rasa, aku tulis ko baca! ngerti?

Tuesday, March 6, 2012

Enjuvanate

Selama 2 bulan join Happy Life Project from Unicity mmg rasa puashati dan berbaloi. Selain dari dah boleh menyarung jeans2 saiz 28 kembali tanpa perlu tahan napas, akak rasa lebih bertenaga dan baru2 ni dah ambik enjuvanate. Memang best la..selain rasanya seperti air pina colada, kakak rasa lbh bertenaga. Nak panjat tangga 4 tingkat 6 kali sehari pun tak de hal nyer lah..kakak syorkan yg berumur 35 ke atas tu ambik la enjuvanate ni. Hari first je akak ambik enjuvanate bangun tido rasa sgt segar, sepanjang hari rasa bertenaga je walaupun kelas 5 waktu berderet. Kerjaya akak ni mmg la nak kena bertenaga dik..bygkan nak melayan kerenah budak2 sekolah yg tgh cargas usia 13-16 tahun..bukan sorg dua berpuluh setiap hari dik.turun naik tangga ngan high heels 7-8 kali sehari sambil bawak laptop, buku rekod 3 kilo dan buku-buku lain,.kalau tak ambik supplement mmg terjelir ar lidah..

Sebelum ni akak ambik Zell-V

Bukan nak kata Zell-V ni tak bagus.Mmg bagus tapi mahal ya ampun..sekarang dah naik RM 750 sekotak untuk sebulan. Enjuvanate kalau beli kat akak baru RM 480 dan bole consume utk 2 bulan sbb dia kena ambik alternate days..bukan tetiap hari. Dulu walaupun Zell V tu mahal akak gagahkan juga beli.Tiap-tiap hari akak positifkan minda..ckp dalam hati 'duit senang cari..duit senang cari'..mmg senang dik...cari dalam wallet hubby. hahaha.

Mesti ramai yang tertanya2 kenapa la akak ni fanatik sgt nak makan supplement2 ni. Sbnrnya akak bukan nak hidup menongkat langit.Ajal maut di tangan Allah tapi kita sedaya upaya menjaga kesihatan dan penampilan sebab akak percaya 100% health is wealth. Kalau sakit tak menyusahkan org takpe dik..tapi kalau dah sakit susahkan anak laki mmg terseksa hidup. Lagipun akak mmg suka tengok perempuan yg dah tua tapi still nmpk kemas dan menarik.Lagi satu akak buat ni utk suami dik oi...malu kat suami kalau tak reti jaga diri ahak hak hak ..

Ko tau arwah mak akak dulu ada Alzeimer? Enjuvanate ni salah satu fungsi dia kurangkan kemungkinan dapat Alzeimer ni ler..kita hanya merancang Allah menetukan tapi kalau kita usaha sungguh2 mungkin Allah perkenankan usaha kita. Ye tak?

Lagipun kita diberikan akal oleh Allah s.w.t . tengok contoh2 sekeliling kita.Ramai la sedara mara, jiran, kawan2 yg terseksa sakit. cholesterol tinggi la ., kencing manis la, potong kaki la, tebuk perut masuk air cuci buah pinggang..macam-macam. Kesiankan? Masa tu nnti lagi banyak pakai duit. So pilihan di tgn anda..sila pilih. 

Ramai yang kata tak mampu nak ambik supplement2 ni..kita mesti think out of the box dik. Kalau dulu akak makan Zell-V ambik duit laki tp skrg akak makan enjuvanate free dik oi.. Caranya join jadi FO. Lepas consume mesti ada perubahankan? dgn syarat consume ikut aturan la..pastu just share experience kita ngan produk.Gerenti punya la ramai org akan tanya. Tak caya ke dik? Dah cuba? Akak dah..dan mmg terbukti benar belaka. Skrg akak ada extra income n makan produk free. Memang happy kalau tak kenapa dia gelar" Happy Life Project" kan? Think..Think..and Think

Tuesday, February 14, 2012

Bios life Slim

Hi, buat apa tu? tgh baca blog ni le kan? Org melayu mmg camtu kan? dah tau dah org tu buat apa tapi still nak tanya. Konon peramah lewteww..,hihi tapi saya mmg peramah pun..


kenapa, tak percaya?

Ni baru lepas balik dari pasar cina beli buah-buahan segar limau mandarin kulit kedut dan mangga belalai gajah. Tak lupa juga singgah kedai cina sebelah kedai buah untuk membeli seluar dalam zarif ada gambar transformer tengah beraksi. Mesti zarif suka..tido pun pakai suar dalam malam ni kang.

Harini 14 Feb 2012. Sepatutnya hari Valentine tapi ustaz2 semua kata haram sambut valentine jadi x le sambut. Kalau tak dah tentu beli suar dalam bapak zarif sekali buat gubahan jadi bunga ros.Kreatif kan hadiah valentine camtu? Masa sekolah remaja dulu ustaz mamat yg mengajar Agama Islam tak cakap plak tak bole sambut valentine.Kitorang sambut je..April Fool lagi la sambut.Pastu Good Friday siap cuti lagi.Khelass ko tijah..dulu mmg zaman jahiliah la kot. PJ( Pendidikan Jasmani) kitorg pakai short. Ko ada?


Main netball ngan hoki pun pakai skirt.Sapa pakai suar panjang mmg kategori alim ulamak dah hahaha..
Ni bukan nak citer pasal valentine la..I hari2 pun valentine u..so tak kisah la boleh sambut ke tak. Harini nak cerita pengalaman consume Bioslife slim

Start ambik Bio Slim ni sebulan stgh yang lepas setelah diperkenalkan oleh nattasha. Masa tu mmg nak cari produk utk slimming pun sebab risau badan naik secara tiba-tiba. Itu bukanlah sesuatu perkara yang saya dambakan. Sebenarnya tak la secara tiba-tiba kot tapi disebabkan oleh faktor makan kek dan biskut buatan sendiri serta juga faktor usia yang ehemmmm...Kalau dulu kan perasan gemuk je terus diet 2-3 minggu pastu dah kembali normal tapi sejak usia menginjak dewasa diet 2-3 bulan pun jarum timbang tak gerak . Mmg rasa hopeless le masa tu. Pastu ketahanan terhadap tak makan pun semakin berkurangan. Kalau dulu tak makan apa2 sehari pun cam ok je. Sekarang ni skip breakfast pun rasa letih separa mati.

So pencarian slimming produk pun begins...setelah di ceritakan dgn pjg lebar berbuih mulut oleh nattasha dan rasa terhutang budi yg amat sangat sbb dia hantar saya pergi Philea Resort saya pun membeli la bios life slim dgn dia. Dia kata 
1. Tak payah skip meals (wow!)
2. Tak payah replace meal ngan shake le apa ke
3. Selamat tak de kesan sampingan..the only one supplement yg listed kat PDR 
4. Halal 
5. Sedap rasa oren
Ok le nak ..mak try 
Setelah makan dalam 3 minggu rasa suar yg ketat macam dah  longgar,tapi bila timbang ehh tak banyak pun turun kg ni.Call la nattasha tanya kenapa 8 wonders of the world ni boleh berlaku? dia kata mmg la sbb bios slim ni fat loss bkn weight loss.Then dia kata kalau nak tau lbh lanjut silalah layari www.cepatkurus.com. Iklan ini adalah berbayar..katanya


kita pun happy ler.. 

Terus je consume bioslife slim..pastu bila baca status 'chef ada wan kesah' kat fb..cerita pasal kepentingan detox rasa macam nak detox pulak. Ntah apasal padahal selalu je baca ttg kepentingan detox tak pulak sedar diri, bila chef wan tulis terus terbuka minda,tu belum aaron aziz tulis lagi hehe..tapi mungkin sebab chef wan ni dia bagi examples org2 yg tak jaga kesihatan dapat penyakit itu ini, sepupu dia potong kaki kencing manis la, mak dia sakit perut la,kawan dia brain cancer la..so consume la pulak clearstart 30


Mmg best la clearstart 30 ni sebab peluncuran semasa membuang air besar terasa begitu lancar. So sekarang ni saya dah hilang 1 inci di lengan, 2 inci di pinggang dan 1 inci di punggung.Perut pun tak la buncs sgt tapi masih perlu diperbaiki..yela dah bertahun2 lemak buat gathering kat situ takkan makan 2 kotak boleh perut dah boleh jadi Heidi Klum kan?Tapi berat turun baru 4 kg..tak pe la janji i feel great.Khenn?..Yang penting bila nak makan tak rasa takut gemuk. Tapi makan berpada2 la kak..Jgn setiap kali makan bantai 2-3 pinggan nasik..tu minum minyak pun lemak tak terbakar. Makan secara sihat la balance meal.ok? kalau nak bersenam lagi bagus..tapi dgn bioslife slim jalan2 je pun dah ok

Satu lagi bila consume benda ni lifestyle i pun dah bertukar. Suka minum air banyak dan x makan benda-benda merapu sebab ikit rules 4-4-12..nak tau lbh lanjut sila ke www.cepatkurus.com

Ni i 5 bln lepas..cari gambar gemok tak banyak sbb x suka simpan gambar gemok.Terus delete

Gemukkan? Lengan bole masuk WWF..muka berminyak pakai la produk turun dari langit pun tak selesaikan masalah problem.(2x problem) Sampai member2 pun tanya..kenapa muka ko? kenapa muka ko? lempang kang..mana aku tau.


 Ni gambar skrg..sila abaikan tudung sbb abang ko nak cepat so akak capai je tudung xpress tu..baju masuk sikit konon nak bagi nmpk perut dah kempis heehe..lps tgkp gambar keluarkan semula baju. Dah tua x leh nak tuck in tuck in. Muka pun dah clear sikit..


  Walaupun ada yg perlu diperbaiki tapi ok la baru sekotak setengah minum tunggu lagi beberapa kotak maka boleh berganding bahu dgn Lisa Surihani kakakaka.


 I am happyyyyyyy!!!!!!!








Saturday, December 17, 2011

East Ledang:Harmony Park

Lama dah tinggalkan blog ni..mood tak mari malas la nak tulis. Dah hujung tahun 2011 ni. Apa nak citer? tahun 2011 memang best sangat. Dapat melancong ke Europe, hubby beli kereta idaman dia (dapat la tumpang 2 kaki) ,naik rides Transformer kat USS, dan yang palingggg best ialah beli rumah kat East Ledang!!!



                                                   East Ledang, Harmony Park Phase 7




Sangat suka dengan konsep dia.muah! Memang idamkan rumah yang terang benderang dan tingkap banyak boleh bukak macam rumah kampung.Yang paling best kat East Ledang ialah tak payah buat grill n tak payah buat pagar sebab dia ada  ELSiS. Apa tu ELSiS? Baca kat bawah:

 East Ledang Security Intelligence System (ELSiS), residents will enjoy unparalleled security within the precinct. Dubbed one of the most advanced security management systems in the country, it offers cutting-edge technology including visitor/intruder tracking and motion analysis technology, exit vehicle tracking system, movement facility and resident-security force alert alarm system wired to the Precinct Security Command Centre and Nusajaya Master Security Command Centre.
   
  Paham? Aku pun tak faham..hehe janji ada" the most advanced security system in the country"..Tapi yang penting suasana masa kecik-kecik dulu duduk kat kampung tak ada pagar n grill sangat sangat la memikat hati.Hai.. tak sabar nak tunggu siap mungkin hujung 2012 atau early 2013.


























Wednesday, October 5, 2011

Tanda yang bukan thunder cat

Semalam tengah makan malam tetiba ternampak tanda ni kat badan hubby



Pelik kan bentuk dia? Macam lambang UiTM pun ada. Ingat kan dia pegi bekam tapi dia tak penah pegi. So apakah ini? Mungkinkah dia sebenarnya telah diculik oleh UFO dan telah ditandakan? Atau CIA dah masukkan cip dalam badan dia? Jangan tetiba tumbuh puting kat tengah-tengah tu sudah.....