click sini

Wednesday, May 25, 2011

Ikan di laut asam didarat di dalam kuali bertemu jua

24.5.1996,
15 tahun lepas aku dinikahkan dengan suami dengan mas kawennya 22 ringgit..Tunaiii

     ada iras iras Lisa Surihani kan masa aku muda?Kalau pandangan atas macam Megan Fox. LoL..sorry la gambar scan tak reti nak betulkan.Aida dah ajar tapi malas nak buat.Biasa la.. malas tukan rakan karibku

Kalau nak kira perkenalan aku dgn dia dah masuk 21 tahun.Lamakan? Lebih dari separuh hayat kami kenal each other. Dah masak dah dgn perangai masing-masing luar dalam atass bawah.

4.6.1990..
Tarikh tu la kitorg kenal kat form 6 di sebuah sekolah SDDS. Memori daun pisang la pulak..
Korang percaya magic? Aku percaya sebab pada tarikh ni aku betul-betul ada rasa magic. Manakan tidak..first time aku masuk kelas tu macam seluruh perhatian aku macam terarah kepada mamat nama Salemy ni .masuk pintu class je aku fokus kat dia dan yang lain semua blur. Ko faham tak? ala macam set-set crita Hindi tu la.Aku macam dapat rasa ada sesuatu yang akan berlaku antara aku dan dia. Seriously...

Bukan le nak kata love at d first sight ke hapa. tak de...bukan aku tertarik sebab bibirnya yang sexy macam Brad Pitt atau dada yang bidang macam Hitrik Roshan, Dia biasa je.. tapi ada macam satu perasaan...susah nak gambarkan.....itulah padaku "magic"   nur kasih..nur kasihhhhh..(sound effect) ..Yang bestnyaaa mamat ni pun rasa benda yang sama pada 4.6.1990 tu. Mungkin masa tu ada cupid panah kitorg kot...dush..dush panah asmara..

Perkahwinan kami sama je  macam perkahwinan org lain kot. Ada pahit manis, payau duka, suka gembira. Bukannya perfect ...tapi 21 tahun kenal dia tak pernah ada rasa jemu dan aku berdoa kepada yang Maha Esa agar sehidup dan semati dengan dia.Kerana dia adalah separuh aku..tanpa dia, aku bukan lagi aku...nur kasih nurrrr kasihhhh..


Oklah sbelum korang muntah darah menanah baca perasaan aku yg jiwang karat tu baik la aku stop crita disini sahaja.

 Semalam sempena ulangtahun ke 15. Kami pergi seletburet kat sini:



Capri @ Mutiara Hotel ,J.Bahru..cecadangnya nak makan kat Pan Pac sebab ada voucher, tapi.. encik Abang tetiba tukar rancangan sebab utama ialah ada dia ni :


Encik Abang aku cakap nama dia Ali ke Awang..ntah betul ntah tidak ..bukan bole caya sgt encik abang tu hehe..Ali@Awang ni nyanyi sedap aaa.suara dia macam Kenny ,Remy, Martin tu.so sambil makan makan..renung renung mata..ramas ramas tangan sambil dengar lagu. Dia ni plak bawak lagu yang jenis love song jiwang evergreen.Best ar best. Btw, semenjak pindah JB ni dah 3 tahun sambut anniversary kat sini sebab Awang@ali ni la kot. Malam tu aku makan ni:


rib eye steak n small lobster.licin...


 Ni cik abang makan, tapi aku ambik seketul .Mana baju tak mengecutkan? terbaik la lamb dia daging lembut..entah anak kambing belum baligh ke apa ni.


             
Muka gue macam tengah teran taik hehe

Tu je ar nak share ngan korang pasal anniversary kitorang. Ada la aktiviti lain seperti..mandi bersama, bermain main buih tapi tak kan nak upload gamba plak kan?..

Sebelum berundur diri minta para pembaca blog..cewah macam ramai nau pembaca ko kan? doakan kesejahteraan kami dan kepanjangan jodoh hingga ke soorga.

4 comments:

  1. Semoga jodoh ko dgn salemy sehingga ke syurga. Macam kena imprint je citer ko nie...

    ReplyDelete
  2. by the way... siapa ikan siapa asam?

    ReplyDelete
  3. ikin -imprint mcm citer twilight ke
    ana- siapa ikan siapa asam? peribahasa melayu mmg tak patut

    ReplyDelete