click sini

Friday, September 30, 2011

Kalau lah ada duit seguni

nak pegi ko-kurikulum ke nak pegi invitation ni? ni boleh excuse ko kurikulum ni kan?  tak baik org menjemput kita tak pergi..betul tak pengetua? hahahahahahahahhaha *herm... betulkan tudung pergi masuk kelas*

Mimpi basah jadi kenyataan

Tajuk tak hagak-hagak hahaha.Harini saya bangun pagi pegi bawak bibik buat Fomema, gedebak gedebuk pkl 10 dah siap.Pastu bawak anak-anak makan donut dan yogurt kat Jco Donut...saja nak spend time ngan anak-anak sambil borak-borak ngan diorang. Tanya nak jadi apa dah besar nanti etc.. Dah besar-besar anak-anakku,makan donut pun dah banyak beli yg 12 pieces bedesup habis walaupun mama dia je mkn 3 hahahah..dah besar mama dia jugak!.Dulu masa dorang kekecik beli 6 pun tak habis-habis.Tetiba teringat malam tadi mimpi pergi enroll kat baking academy.Masa dalam mimpi tu best sangat rasa belajar buat cake.Pastu terus whatsapp en.lemy kata nak masuk baking class dan dia bagi sokongan..apalagi terus je pergi Butter and Olive Baking Academy.Terus Sign up. Bayar RM 3500 for 20 lessons.Next week start belajar..woohooo can't wait

Saturday, September 24, 2011

Geneva hari ke nalek (2)

Pagi yang indah itu dimulai dengan tangkap gambar kat cermin besar.apa motif pun tak tau..tengok Hana Tajima buat kita pun buat ler hahaha. Hidup sekali je beb
 


Lepas tu turun untuk breakfast...

roti.cereal.yogurt,roti.roti.roti,roti.........dan roti
Maka semasa makan iteww kami pun berbincanglah apakah yang seharusnya kita buat harini. Memandangkan semasa berjalan-jalan semalam ada ternampak landmark Geneva iaiteww Le Jet d'Eau (water jet) maka kiteww bercadanglah nak pegi ke sana. Selain dari itu juga encik lemy mencadangkan agar kita menghabiskan duitnya dengan bershopping dan cadangan itu serta merta disokong oleh isterinya.hehe... 

So sekarang biarlah gambar berbicara..check it out ----------->bawah ye

















cantik jugak kan Geneva tapi bukan di tengah bandar dia la
the famous laduree
too sweet

this one sweet too







Pastu beli longchamp 3, beli luggage Samsonite satu,beli jam abah beli jam mama..pastu check out hotel kitorang menuju ke Pareeee. Areeba Andree!


..di kedai jam iteww

Jam iteww..tapi yg luar tu bukan oris dan tissot yer..yang luar iteww  
longines dan omega .Yang dalam itew rahsia  x leh tunjuk, hehe.. rasa nak manja manja jer petang2 gini. PANG  satu kali.

Geneva Hari Pertama

Geneva merupakan ibu negara Swiitzerland. Betul ke? Ye betul. Semasa dalam rangka lawatan ke Switzerland tempoh hari selepas Interlaken, kami anak beranak berdedai-dedai naik keretapi pergi ke Geneva. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam menaiki keretapi laju. Walaupun dalam hati sedih nak meninggalkan Interlaken yang cantik tu tapi kaki tetap melangkah ke bumi Geneva tercinta..dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.Sesampai di Geneva kami yang berdedai diiiidiiddididi (macam orang panggil itik balik petang-petang) segera check in ke hotel Holiday Inn Express..



     
Si bapa register sedangkan si emak menunjukkan giginya sahaja

Setelah proses mendaftar masuk selesai kitorang pun nak ar masuk bilik kann..nak masuk bilik kena jalan depan sikit jumpa lif. Maka berdedai ler dididididdii anak-anak dak lemy nak masuk bilik ..Tetiba "Hello, brapa ramai nak masuk satu bilik ni? tanya pompuan blkg computer tu ( sila rujuk gambar di atas). Tak dapek den nak nolong nye la nak masuk reramai satu bilik katanya lagi.Mmg la kitorang ambik satu bilik pun sebab nak duduk satu malam je kan? Kemudian suamiku yang gagah perkasa book la satu bilik lagi,tapi bilik semua penuh daa.Dipendekkan crita, encik lemy terpaksa la book hotel sebelah, iaitu Movenpick Hotel

Ni hotel Holiday Inn Express..ok la tu kan kalau tido 5 org, bukannya lama pun.


Ni bilik hotel si bapa
air mineral jgn dilupa ye
             Setelah segalanya selesai kami pun dididididi sekali lagi nak pergi cari makanan

kalau cari makanan agak-agak siapa paling depan? hahahahaha

Jumpa la seekor kedai makan halal..apalagi briyani la kita..Tak ingat la pulak nama kedai  ni
Dah hbs makan diidididid berjalan-jalan cari pasal pula



Lepas makan tu kitorang pun pergi la berjalan-jalan ke sekitar bandar Geneva dengan menaiki keretapi. Swiss Card masih boleh guna yerr..ingat tak adik-adik akak cerita pasal Swiss Card? Kalau tak ingat google le..


Geneva tak berapa menarik di mataku ..mungkin kerana suasana nya  yang ala-ala dalam filem batman








Ayep mmg suka peluk kaki hahha


Geneva di waktu malam









Malam tu singgah di one of the kedai kat situ beli baju (yang tak pakai sekali pun..sebab macam makcik-makcik sangat). Dan anak-anak itik dididididid juga mintak jam swatch kat bapa mereka seorang sebiji. Selepas itu kami balik semula ke pangkal jalan (tempat ambik keretapi masa nak pergi tadi).Pastu singgah di supermarket dan membeli barang-barang makanan.

Jam anak-anak

kat supermarket tu, ni jer yang lain sikit dari malaysia,tu sebab tangkap gambar yang ni aje  hehe
Tu la alkisah setengah hari berada di Geneva..Jap lagi kita tulis pasal Geneva Hari Kedua tau...Hari kedua best lagi sebab dipenuhi dengan shopping :)