click sini

Friday, May 27, 2011

switzerland

Assalamualaikum...

Paper exam bebudak melambak belakang bonet keta, yang aku ni menempah maut pergi update blog. Dah lama hidup ke apa?..ilek a kan.. tak kan siang malam nak hadap kertas exam.kalau kat kertas exam tu ada gambar Daniel Craig ke Brad Pitt ke bole le nak hadap..persetankan dulu kertas exam tu

Ni nak citer ni pasal vacation bulan ompek haritu, kami balik kampung, Switzerland..

Dari London naik easyjet pergi Zurich

Macam pelarian Bosniakan?

Zurich Airport.Kat sini jangan terperanjat kalau ada org bawak anjing.Memang banyak.

Dari airport Zurich tu ambik tren pegi Interlaken OST. Switzerland main transport adalah train. Train dia sgt reliable dan on time.Kalau dia kata keretapi sampai kul 7.13...7.13 le sampai, ko jgn le terhegeh2 nak p kencing le apa..memang babai la.Tapi tak pe kalau babai train 7.13 tu, ada yang lain akan menyusul , yang penting jadual train kena ada kat tangan la supaya senang nak plan.

Lagi satu jangan lupa tanya pasal Swiss Card. Swiss card ni kalau ko travel satu family mak abah bayar half price,(keretapi,bas) tapi anak-anak 18 tahun ke bawah free.Kalau nak tau pasal swiss card, tgk sini. Kat situ memang jimat giler ar sebab harga tiket ketapi dia bukan murah. Nak nak travel dgn encik Salemy kan.., naik train nak yang first class je,sebab first class org tak ramai so kalau nak buat macam rumah sendiri pun, silakan..

Tengok, first class tak de orang kan?

Masa kat Zurich tu pemandangan macam sangap je la. Contohnya camni:



Tapi semakin meninggalkan Zurich pemandangan semakin cantik
Contoh-contoh nya macam ni:





Memang indah ciptaan Tuhan sampaikan tiada apa yang boleh diluahkan oleh kata-kata .Hanya kedengaran wahhh...oouuhhh...wahhh...oohhhh.. terpegun dengan kecantikan tasik-tasik dan gunung-gunung..Bear in mind gambar2 yang kat sini diambil dari dalam panoramic train so agak blur sikit la sbb ada cermin train kan..kalau tgk real mmg superb!


Ooohhh...Waaaahhhhh ..dua org budak ni suka sangat naik tren sambil tengok pemandangan...tapi.. ada jugak sorang tu yang zzzzzzzzzzzzzzz


Anak siapa ler tido dalam tren nih

Dah puas-puas tido, bangun-bangun posing camni :


Hahaha..sawan apa? Apa ko pikir ko diva? dah.. kata boleh buat macam rumah sendiri..

Lama jugak la dari Zurich nak ke Interlaken OST tu. Dalam 2 jam kot..ada tukar ketapi 1 kali. 
Pastu sampai lah Interlaken


Ni bandar dia.bas stand, taxi stand,ketapi stand semua kat sini la..sumpah tempat ni bau taik kuda..tapi cantik

Ni restoran shalimar yang jual halal food..sure la sedap sbb lapar

                                                   Ni stesyen keretapi dia


Bandar interlaken..di tengah-tengahnya ada tasik dalam tasik ada itik,angsa,ikan airnya jernih..sampah xde

                                         


Ini hotel Rossli tempat kami tinggal selama 3 hari 2 malam. Ayep suka sgt tinggal sini sebab ownernya sgt frenly dan pandai layan budak2.Sukanya ayep kat hotel ni sehinggakan pada hari guru yang lepas, dia nak bagi hadiah kepada seorang guru yang bernama Rosli walaupun cikgu Rosli tu tak ajar dia.

Bilik mama abah
 

Tempat breakfast dan makan-makan.Selalunya kami beli makanan kat kedai halal,briyani,nan semua pastu makan kat sini.Maggi pun boleh buat sini. Drinks free flow

hensem dan gagahkan abang aku?

Bilik anak-anak. Sini yang bestkan boleh minum air straight meneraight from paip tau.Owner tu kata air paip kat sini lagi bermutu dari air mineral yang dibotolkan tu.mmmmm..


Hari pertama kitorang jalan2 kat town dia. Best sbb cantik sangat....ada kedai coklat dan banyak kedai jam.Beli coklat tapi tak beli jam sbb nak beli kat Geneva. kononnya Geneva lbh murah tapi..nan ado.sama jer.





Gambar sengaja di blurr kan atas sebab sebab keselamatan

coklat-coklat dia mmg sedap giler..ada ko nampak coklat warna warni macam org m'sia buat?Takde kan?..sebab org Malaysia tak de buat coklat kat sini


Malam tu En Salemy nak pergi sini.pastu kita cakap hepppp! dia pun tak jadi pergi.

Sebenarnya banyak aktiviti boleh buat kat sini macam paragliding,bunjee jumping,naik helikopter,parachut, naik belon udara panas, sight seeing tasik n gunung-gunung..ko sediakan duit je la..rabak la poket kat sini.,kitorg tak buat apa-apa la petang tu sebab penat dan esok nak bangun pagi-pagi nak pegi main snow kat jungfraujoch. Yippie!

                  Bangun pagi-pagi si John(owner dah siap-siapkan bfast..roti je ler n buah-buahan. Siap dia bekalkan roti dan buah-buah utk pergi ke jungfrau.Baik sangat si John ni..perkataan fav dia 'walla!'

Lepas ni korang enjoy la plaks gambar-gambar kitorang main salji .Best la.. macam beruk dapat bunga bak kata pepatah orang Melayu.Orang Melayu ni pepatah memang takde yang elok beruk la..apa la..sbnrnya sense of humor org Melayu ni tinggi. TITIK!


on the way to the top of Europe

 on the way
 still on the way..sini tmpt stop siapa nak terkucil ke apa ke..pergi toilet daa

 kaki siapa la yang sexy ni ! kah!

 On the way..nak sampai dah ni salji makin tebal
Kat sini makcik makcik , nenek, datok semua main ski..nak main congkak x retikan?..tu sebab dorang fit kot.Kitorang dah plan dah pencen esok nak selalu balik kampung main ski.


 dah sampai...kan dah kata, macam pepatah tu kata hahaha

 Ni ialah yours truly
Dia ni bukan main suka tau main salji

Sebenaunya Top of Europe tu ada byk yang nak tengok, tempat main2 tapi masa kami pegi tu ribut salji betul..so bole keluar pintu ni rasa ribut salji dalam beberapa saat masuk balik sbb x tahan sakit muka..pastu keluar balik, masuk balik.Merasa la jugak macamana Dato' Maznah kita pergi Antartica.

 Dato' Maznah ikut serta dalam percutian kami


Lepas makan kat atas tu kitorang turun bawah ke Grinderwald..Main salji kat sini best sebab tak de ribut..

 Comelkan saya?




 Best giler main sledge ni. Sledge ni sewa.Kat sini jumpa beberapa kumpulan orang melayu..pastu kitorang bagi dia pinjam sledge ni sbb kitorg sewa 2. Baikkan kitorg? dah la sopan santun, baik pulak budi bahasa. kah!

 Siapa yang paling nakal disini?



Ni la John yang suka cakap walla tu.Owner hotel Rossli .Dia ni duda


Bawak aida ni semata-mata nak suruh jadi cameraman tapi dia asik tangkap gambar sendiri kat cermin

Ok, dah tak larat dah nak upload gambar..cukuplah sampai di sini.Lepas ni kalau ada masa saya akan buat entry pasal Geneva pulak okayy..Bye!